Thursday, April 17, 2014

Mengantuk

Saya tak perasan rupanya hari ini Jumaat Sarawak cuti Good Friday.
Tapi kami yang spa ni mana nak cuti public holiday macam ni coz inilah masanya customer nak memanjakan diri diorang kan. Makanya Full House spa hari ini. Alhamdulillah.

Malam semalam punya cerita kami semua 1 famili tidur jam 3am. Biasalah bila jaga mak yang sakit.
Pastu boleh pulak janji dengan kazen untuk joging jam 6am. kui3. ambik.... pagi ni aku MENGANTUK....

zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tapi banyakkk kerja sampai petanggg....harap2 dapat qada' tidur malam ni .... hehehe.

Friday, April 11, 2014

Tudung FAREEDA

Sekarang dimana mana orang menulis atau bercakap tentang tudung FAREEDA.
Bagunsya marketing ni. Nampak macam 'bad' di mata orang biasa tapi sebenarnya cara ini telah menghangatkan dan melonjakkan sales FAREEDA lebih dari biasa.
Ya FAREEDA memang sudah lama terkenal.
Saya mula mula tak kenal sangat dengan FAREEDA. Hanya melihat papan iklan yang besar di lebuhraya dengan model iklan yang comel. dan baru tahu namanya Mawar. Memang manis cantik dan comel. Manakan tidak Fizo tidak tertawan.
Walau apapun semoga kita semua berbaik sangka dengan apa yang terjadi tidak perlu terlalu 'suka' menulis untuk membuat orang lain nampak salah dan berdosa.
Tapi begitulah dunia. Kita tidak bisa menutup atau menghalang manusia daripada menaip.
Tapi saya lebih melihat sisi PELUANG kepada FAREEDA sebenarnya.
Yang memang dah POPULAR bakal MENJADI LEBIH LEBIH POPULAR.

Salam sukses FAREEDA.

Thursday, April 10, 2014

Dulu dan sekarang

Bosan. Adui mudahnya manusia ni bertukar tukar selera.
Dulu. Saya suka perfume bau manis dan buah.
Sekarang. Lebih suka yang lembut. Bau bunga. Contoh paling best DKNY yang macam bau rose.

Dulu. Saya suka baca buku genre thriller.
Sekarang. Lebih suka yang motivasi. Err yang ni logiklah kot sebab dah tua. ngeh ngeh.

Dulu. Saya suka menyendiri. Tak suka jumpa orang especially kenduri. Mungkin sebab terlalu merendah diri.
Sekarang. Agak suka pergi kenduri atau event2 yang sesuai. Sebab macam best pulak kenal ramai orang dan serius bisnes cepat berkembang. Heheh!

Yang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Saya memang suka melancong! Jalan jalan negara orang. Kalau boleh saya nak backpacking. Lebih MENJIWAI! Wah gitu kan.
Masuk ke kawasan kawasan kampung negara lain, jalan jalan di pekan. Bestnya!
Rasa nak ambil cuti setahun hanya untuk jalan jalan seluruh dunia. Hmm. Ya ALLAH tolong temukan saya jodoh yang sama minatnya macam saya. TQ. AMIN!!!!

Dulu ..... setiap pagi mak adalah penumpang setia Vios saya. Kami sama sama ke kedai. Breakfast bersama. Bayar bil bersama. Pergi bank bersama.
Sekarang. Saya drive sorang sorang. kadang kadang dengan adik lelaki. Dah lama mak tak temankan saya. SAYA BERDOA DAN BERHARAP MAK AKAN SEMBUH walaupun doktor kata sebaliknya. TOLONG DOAKAN UNTUK KESEMBUHAN MAK SAYA YA???

TERIMA KASIH SEMUA!

Saturday, April 5, 2014

nikmat

Hari ahad.
Walaupun saya selalu mengeluh tapi nikmat Allah semakin banyak pula.
Astaghfirullahalazim. Apalah nak dirungut.
Mengingatkan diri ini untuk terus bersyukur dan mesti kuat dengan kehidupan yang makin complicated.
Allah Maha P3nyayang lagi maha m3ngasihani.
Thank you Allah.

Wednesday, April 2, 2014

Kawan Baik

Apa khabar? Alhamdulillah emosi sedikit stabil.
Saya sedang belajar untuk redha redha redha.
Semuanya Hak Allah. Mak, bapak, adik adik, kawan kawan,harta dunia, apa apa saja semuanya Hak Allah. Siapalah saya untuk menahan?

Sejak mak sakit pada November 2012, saya merasakan saya insan paling malang!
Sebelumnya semasa mak sihat sihat saja, saya selalu rasa saya insan paling bertuah!
Tapi tiba tiba Allah tarik nikmat kesihatan mak saya jadi marah tidak tentu. Astaghfirullahalazim.
Sedangkan setiap dugaan yang Allah beri pasti ada hikmah besar tersembunyi sebaliknya.
Ya saya selalu pujuk hati begitu walaupun kadang kadang saya kalah dan bersedih semula :(

Tapi saya bersyukur, saya dipertemukan dengan kawan kawan yang baik.
Saya tidak ramai kawan. Banyak yang lost contact. Ada juga berhubung di facebook.
Tapi 2 orang kawan saya yang baru ini sangat istimewa. Saya tahu mereka tahu mak saya sakit, tapi saya tak pernah buka mulut tentang tu, kerana saya takut saya akan menangis. Dan mereka juga faham.
2 orang kawan yang mulanya sebenarnya adalah customer spa saya tapi sekarang sudah menjadi kawan lepak dan bincang bincang bisnes. Pendek kata mereka sangat Supportive! Syukur Alhamdulillah.

Memang banyak nikmat dan hikmah Allah beri di sebalik kejadian mak sakit.
Walaupun kadang kadang saya berperang dengan perasaan.
Selalu saya berkata apalah gunanya semua nikmat ini kalau tidak dapat dinikmati dengan mak sekali :(

Oh Allah. Berikan kekuatan kepada saya. Semoga saya tabah dan kuat terus kuat.
Sekiranya apa apa terjadi nanti, saya teringin sangat mahu berhijrah. Keluar dari Malaysia.
Tenangkan fikiran. Dapatkan semula kekuatan. Semoga impian saya tercapai.

Doakan emak saya sembuh ya!

Tuesday, April 1, 2014

Cemburu

Cemburu.
Cemburu sangat tengok kawan kawan atau orang lain yang dapat melancong bersama mak.
Jalan jalan di pasar raya bersama mak.
Masak masak dengan mak.
Saya dah tak boleh lagi. Saya sudah hilang nikmat itu.
Luangkanlah masa anda dengan mak selagi boleh. RUGI kalau tak ambil peluang.
Saya harap saya jumpa mak di akhirat nanti.

Saya cemburu.
Bila saya naik pentas terima penghargaan saya hanya naik seorang. Mak tak tengok. Mak tunggu diatas katil di rumah. Saya hanya dapat call mak bagi tahu saya dapat anugerah tapi sedih mak tak dapat tengok.
Impian saya nak bawa mak mana mana event saya pergi. Tapi tak boleh. Mak dah tak boleh berjalan. Hanya baring atas katil.

Hati saya pecah dan terus pecah berkecai. Semua benda takda satu pun menggembirakan.
Sebab.
GEMBIRA itu bermaksud bila apa apa kita buat MAK ADA bersama.
Jadi hari hari saya SEDIH. MURUNG. MENANGIS..

Allah nak ajar saya sabar. saya belajar untuk redha dan bersabar. Kerana saya mampu jadi Allah bagi ujian paling besar. Permata berharga saya. Emak.

Hati ku pecah

Saya takut.
Tak tahu macam mana nak menghadapi kalau mak pergi dulu dari saya.
Saya tahu ajal maut hak Allah.
Cuma saya mesti prepare emosi. Sekarang pun emosi kacau bilau.
Sentiasa sedih. Murung. Menangis.
Allah Maha Besar. Dulu saya rasa apa apa pun cabaran dan dugaan yang saya lalui bagi saya kecil saja asalkan mak bersama saya sentiasa beri sokongan.

Tapi.
Bila mak sakit. Sentiasa terbayang macam mana saya kalau mak dah .... T_T
Ini adalah DUGAAN paling besar.
Walaupun sebenarnya hanya Allah yang tahu saya atau emak akan pergi dulu.
Saya rasa macam nak doa Allah ambil saya dulu.
Sebab. Saya tak tahu macam mana nak lalui hari hari di dunia tanpa mak.
Macam mana ni?

Doa untuk Mak

Fikiran buntu.
Mak sedang sakit tenat.
Kasihan. Rasa macam nak reverse balik masa nak banyak banyak spend masa dengan mak.
Banyak plan sebenarnya, nak bawa mak jalan-jalan. Tapi tiba tiba mak sakit. Tak boleh berjalan.

DOAKAN MAK SAYA CEPAT SEMBUH! :'(