Saturday, March 28, 2020

Hari ini saya juga dah tak tahu berapa hb. Kami diperintahkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri ke 8 untuk tidak keluar rumah. Pertama kali dalam hidup berhadapan situasi ini Restriction Movement Order : kawalan pergerakan . Ada banyak yang saya nak ceritakan. Terlalu banyak dalam otak ini.

Sunday, April 9, 2017

it;s hurt

Assalamualaikum salam ceria :)

Actually sekarang aku agak buntu jadi kononnya nak meluah disini. Tak tau nak meluah dengan siapa selain Allah pastinya di tikar sejadah :)

Sekarang baru aku merasa sebenar benarnya sebatang kara. Sedih sorang sorang, gembira hurm ada gembira ke? menangis sorang sorang . sunyinya dunia -_-

aku bukan takda kawan. Ada je, tapi sangat limited haha, aku tak ramai kawan maybe dalam 2 3 orang. Kenal kenal mcam tu saja adalah jugak . but still aku rasa lonely.

Rindunya dengan mak sekarang. how i wish my dad sudi mendengar atau memberi nasihat kepadaku saat ini -__-. But my dad dah sibuk menjaga famili baru jauh dari ku. i wonder, how i wish my dad understand us siblings but he didnt. Dia hanya mencari bahagianya sendiri dan meninggalkan kami. Aku tahu kami semua sudah dewasa. Boleh berdikari sendiri. But aku tiada memori yang my dad ada di samping kami sambil memberi nasihat tentang kehidupan. None. Only my mom. Hanya Mak saja yang kami ada memori.

Apapun terima kasih Allah. Semoga dad diberik kesihatan yang baik untuk terus dapat menjaga famili barunya -_-'

Saturday, January 16, 2016

sendiri

assalamualaikum dan salam ceria. lamanya tak menulis disini. tiba tiba teringat ada blog. haha . dah 2016 kot.

sekarang saya tinggal seorang. seorang.
semua dah takda. mak meninggal dunia. bapak dengan dunia sendiri. adik beradik semua dah ada famili.

do you feel me, im alone.

saya tak pernah terfikir akan tinggal seorang diri didunia. tapi nanti mati pun sendiri kan. selalu ingatkan diri, allah beri rasa sekarang untuk persediaan kelak.

mak, rindu. ;o

Monday, November 24, 2014

Terima Kasih Allah

Aku perasan sekarang ini aku menjadi lebih berani.
Aku tiba tiba bersemangat semula. Pasang Impian Besar.
Mungkin berkat doa Ibu :) dan doa semasa musafir di beberapa tempat. Antaranya di Melboourne dan Istanbul.
Semasa di Istanbul aku memang berdoa sungguh sungguh supaya mendapat kekuatan semula meneruskan kehidupan di dunia selepas kematian ibu. Salah satu doa dimakbulkan adalah semasa bermusafir.
Siapa yang tidak sedih. Lemah. Kecewa. Seperti tiada alasan lagi untuk meneruskan kehidupan setelah kematian ibu. Aku tahu perasaaan itu salah.
Mungkin sebab itu Allah beri ujian itu kepada aku dan adik adik. Allah nak ajar.
Hidup ini ibadah. Hidup ini untuk Allah. Bukan siapa siapa. Ibu adalah pinjaman dari Allah. InsyaALLAH berpisah sementara sahaja. kan dunia abadi kita di akhirat kelak?

Terima Kasih Allah. Sungguh aku mendapat kekuatan semula. Dipertemukan dengan orang orang hebat. Macam macam nikmat yang aku rasa macam tak percaya aku boleh dapat.

Rasa macam magik. Ajaib.
Semua orang yang dijumpa sangat membantu. Baiknya Allah memujuk hati ini.
Semuanya Anugerah Allah. Allah Allah Allah. Terima Kasih Allah.

Mak semoga mak ditempatkan bersama dikalangan orang orang yang beriman. Tunggu kami semua adik beradik ya! ^_^

Doakan kejayaan kami. InsyaALLAH untuk saham mak jugak.

TERIMA KASIH ALLAH

Tuesday, September 2, 2014

Aku Nak Jadi Jutawan, Hartawan, Dermawan

Amboi tajuk kan. Hehe. Semua nak rembat.
Doakan saya mencapainya sebelum umur menjejak 33 tahun.

Doakan saya jumpa jodoh yang baik juga. Alamak umur dah 29 tahun ni. Bukan memilih seperti yang selalu orang kata kat saya. Tapi mestilah nak yang terbaik. Caranya sekarang tengah nak perbaiki diri lah, supaya jadi lebih baik dan dapat jodoh yang baik. Doakan sama ya! :')

Ok selain itu impian nak menjelajahi dunia.
InsyaALLAH setakat ini senarai negara dah jejak :

1) Brunei - mestilah, sebab setengah jam je dari Miri. Hehe.
2) Bandung dan Jakarta Indonesia -  Permulaan yang membuat saya jatuh hati dengan travelling.
3) Beijing, China
4) Ho Chi Minh Vietnam - memang peluang bisnes yang sangat besar dan berpotensi.
5) Melbourne Australia
6) Istanbul, Turki - belum terbang semasa entry ini ditulis. InsyaALLAH akan ke sana 7 September 2014 ini. Doakan keselamatan perjalanan pergi dan balik saya bersama bapa, dan adik Ismail. dan semua rombongan.
7) Hong Kong - InsyaALLAH November 2014
8) New Zealand - masih mencari masa yang sesuai
9) Umrah - masih mencari masa yang sesuai
10) Eropah
11) USA
12) nanti tambah lagi ...

Doakan doakan doakan supaya saya berjaya menjejaki semuanya.
Kenapa saya suka travelling?
Ok entry bersambung lagi. Nak tidur lah pulak.

Hehe. Mimpi indah ya semua.

Thursday, August 7, 2014

CUTI MELBOURNE : PART 1

Assalamualaikum dan salam ceria syawal :)
Alhamdulillah dah balik semula ke bumi Malaysiaaa ... tapi rasaaa nak balik semula ke Melbourne! hahaha over tak??? Tapiii seriusss bestttt ... Alhamdulillah.

Ok penulisan ini ditulis untuk kenangan saya! Jadi harap mungkin boleh bantu korang jugak yang ada plan ke Melbourne tanpa mengikuti mana mana agensi pelancongan.

27 Julai 2014 (Ahad)
Menaiki penerbangan Air Asia jam 10.30 am dari Miri ke Kuala Lumpur. 2 jam je, tapiii tiba tiba dalam setengah jam, kapal terbang bergegar agak kuat turun naik gitu... adoiii terus nervous dan tak boleh tidur...kesan daripada kes MH17. Memang tawakkal habis. Sampai je Klia2 pusing pusing beli kasut Crocs. Memandangkan masih puasa, jadiii tak leh lepak lepak makan. rehat di surau kejap, kemudian pusing pusing lagi Klia2. Sebab flight ke MELBOURNE jam 10pm nantiii ....

Ok lah dipendekkan cerita, perjalanan ke Melbourne adalah 7 jam sahaja. Tak rasa sangat pon, mungkin sebab guna Airbus yang besar tu, dan ambik seat quite zone. Nak upgrade ke business class tak leh dah full...tapi ok je kat quite zone boleh je tido dengan nyenyak nya kemudian bangun sekejap makan nasi lemak pak nasser, gi tandas, tido balik, main candy crush, pastu borak borak kejap ngan makcik korea yang duduk sebelah saya. Makcik Korea yang super baik dan best. tapi dia tak reti cakap English, jadi anaknya yang tolong traanslate.. tak tau kenapa dia sangat excited borak borak ngan aku maybe first time kot jumpa orang asia bertudung ke macam mana tu?? pastu siap bagi aku biskut bekalan dia tu.. haha kahsammiidaaaa -> betol ke x ni?

Ok lah memandangkan kita terbang jam 10pm dan diingatkan masa di melbourne adalah 2 jam awal ye. Jadi kami sampai tu jam 7:30am melbourne. Tapi di Malaysia baru jam 5am gitu..

Allah. Keluar je dari kapalterbang wooo sejuknyaaa.. almaklum, kitorang pegi musim winter.
tapi sejukkkk yang besttt...brrrrr ....

Terus cepat cepat ambik beg dan keluarkan windbreaker. Kitorang sewa keta untuk 5 hari disini. boleh klik disini http://www.thrifty.com.au/

Amboi tetiba ada gamba bawah ni kan. Haha ... lepas check in kat Short Stay Apartment, kitorang jalan kaki je jalan jalan melbourne city. Nanti sambung lagi ek. nak maghrib dah. hehe. habisllahhh banyak gambar nak upload pas ni... stay tune!



Wednesday, July 16, 2014

Cuti Raya : Persediaan ke Melbourne

Assalamualaikum dan salam ceria ceria ceria penuh keberkatan Ramadan.
Wah, kalau ikutkan hari ni hanya kurang dari seminggu je nak Sambut Hari Raya kan.
Kalau tak kerana lagu lagu raya berputar di radio berulang ratus kali, jejak shopping complex pun sama, pastu buffet ramadan di hotel pun lagu raya lagi.

Tapi memang lah untuk saya dah tak sama. Hmm. Kosong. Hanya menghargai Ramadan saja sekarang. Raya? Macam yang semua tahu. Bonda dah tiada. Jadi tiada RAYA.

Oleh sebab itu, aku dan adik Is buat last minit decision beraya ke Melbourne lah kitorang. InsyaALLAH. Sebab hampir setiap hari kitorang discuss dari awal sebelum puasa kot plan nak beraya luar Miri. Paling bagus luar Malaysia. Macam macam travel agency kitorang research of coz la takda yang buat tour masa hari raya. Hari Raya pertama lak tu. hehe.

Masa buat research macam macam negara yang masuk list. Hong Kong. Umrah. India. Europe. Semua masuk list. Sambil sambil tanya ngan bapak pujuk pujuk harap dia nak ikut kitorang. Coz biasalah orang tua ni kan, sentimental sikit hari raya macam ni. Mula2 dia senyap ja masa kitorang tanya. Kitorang pun decide pergi berdua saja. Tapi ada juga rasa tak sampai hati coz if aku dan Adik Is pegi, tinggallah Bapak dan Adik bongsu Azri sahaja dirumah beraya. Hadoi pening.

Buttt at lasttt masa minggu puasa ke 2 aku dan Is buat final decision. Kitorang dedice MELBOURNE! Kenapa melbourne? Sebab pertama of coz lah harga sedikit murah. nak kata murah sangat tak juga coz kitorang dapat harga RM1800 return. OKLAH TU. AIRASIA.
Sebab ke 2 : Nak menikmati alam semulajadi negara luar. Mana mana negara ok ja sebenarnya. Semuanya ciptaan Allah. Cuma kali ni decide nak ke sini.
Sebab ke 3 : Memang nak lari sekejap dari Miri. Lagilagilah suasana Raya. Faham fahamlah semua orang kot kalau hari raya mestilah Bonda korang paling sibuk kan?? Bonda lah paling penting. Tapiii kami dah takda Bonda T_T ( Sori pakai bonda2 pulak)
So suasana sibuk persiapan hari raya adalah sangat tidak bererti dan sangat tidak best. Buat masa sekarang..

Oleh kerana kami travel sendiri tanpa agen jadi extra effort search sendiri laa tiap2 hari.
So, tak boleh cakap banyak coz belum terbang. Tapi memang tak zabarrrnyaaa...27 Julai berlepas dari KLIA2.

Dan saya memang teringin sangat nak tulis blog untuk detik detik pengalaman perjalanan kami nanti. Semoga dipermudahkan. InsyaALLAH.

DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI SEKELUARGA YA?

TERIMA KASIH.