Hari yang saya paling takut untuk hadapi akhirnya tiba.
18 Mei 2014 emak menghembuskan nafas yang terakhir.
Terkesima. Blur. Tapi syukur Allah memberi kekuatan kepada hati.
Masih waras. Saya menangis bila melihat adik saya yang bongsu menangis teresak esak.
hari ini sudah 5 hari emak meninggalkan kami.
Memang RINDU. hari ini saya ok. tidak menangis. tapi memang RINDU.
Saya selalu flashback. Apalah sangat bakti saya kepada emak. Mungkin lebih banyak menyusahkan emak? Oh hati.
Saya sudah tiada teman bicara.
Teman meluah perasaan. Teman minta pendapat.
TIADA.
Adik bongsu sudah pulang ke kampus seawal hari Selasa pada 20 Mei sebab ada exam.
Adik kedua Aisyah, akan balik Ahad ini bersama babynya ke KL.
Tak dapat bayangkan kami hanya tinggal bertiga.
Bapa. Adik ketiga. Saya.
Kalaulah adik ketiga pula nak pergi ..... T_T
Saya tidak tahu adakah saya bersedia untuk kembali ke spa seawal Isnin ini 26 Mei 2014?
Tapi kalau saya tidak mula bekerja mungkin keadaan saya semakin parah. Jadi lebih baik saya mulakan kerja seawal Isnin ini 26 Mei 2014.
Banyak sangat kenangan saya dan mak di kedai kami.
Mak selalu naik spa saya minta urut, bekam, facial.
Oh semuanya tinggal kenangan. Tiada lagi. Kini. Tiada lagi.
Oh Allah. Terima kasih memberi kekuatan hati kepada saya. Syukur Alhamdulillah saya masih kuat.
Friday, May 23, 2014
Tuesday, May 20, 2014
Emak sudah kembali ke rahmatullah
Ya Allah. Berikanlah kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan ini.
SUNYI.
Emak sudah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad 18 Mei 2014 Jam 8.30am di rumah kami.
Doakan mak saya tenang, dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan amal soleh.
MAK.
SAYA RINDU.
SANGAT.
Saya takut kalau saya jadi anak derhaka. Berapa banyak sangat sumbangan saya kepada emak ketika beliau sakit. Allah. :(

Friday, May 9, 2014
Jom ke Istanbul
Entry sambungan Ho Chi Minh pon belum habis. hehee sibuk nak ke Istanbul. Saya daftar awal je. Trip ni bulan September 2014. InsyaALLAH tak sabar nak jejak Istanbul. Semoga dipermudahkan dan termakbul cita cita ini.
Tuesday, May 6, 2014
Jalan jalan Ho Chi Minh Vietnam
Setelah melancong ke Beijing China beberapa tahun lepas ( tak ingat tahun bila ) ... lamanyaaa tak jalan jalan ke luar negara, kecuali BRUNEI! hehe sebab setengah jam je jarak dari Miri.
So macam macam plan sebenarnya. Nak ke Korea lah, Umrah, Euro trip, Hong Kong .. Tapi memandangkan kawan kawan lain semua kena mintak cuti sooo kena tunggu bila diorang free baru boleh decide nak pegi bila dan destinasi.
Tetiba satu hari dalam bulan April my aunty call tanya nak join ke trip ke Ho Chi Minh. Wah macam tak pernah terfikir lak nak gi Ho Chi Minh. Takda dalam list! Tapi memang salu angan2 nak jejak ke Chu Chi Tunnel dan Sungai Mekong. Tapi memang takda dalam perancangan dalam tahun ini!
Tanpa berfikir panjang teruuuss setujuuu .. sebab memanggg nak gi jalan jalan. Tak kisah lah ke mana. Janji luar Malaysia. Haha. Sebab nak luaskan minda tengok negara orang. Budaya orang.
Tak tau kenapa tak excited sangat pon nak gi Ho Chi Minh. Berusaha untuk rasa sederhana dan biasa2 saja. Entahlah. Mungkin sebab memikirkan mak. :'(
Dan boleh pulak demam panas pagi nak fly ke KL. Adoi. 38 celcius! Erkkk ... memang habis mmooddd....badan dah mula bergegar gegar kesejukan tapiii suhu panas makin naik.
memangg lowww sangatttlah moooddd.. Kesian kawan kawan aunty risau tengok saya. Oh ya kami semua 13 orang semuanya! Dan nasiibbb baikk semua bestt dan sporting.. Memang best jalan jalan ngan diorang...hahahh ...
Flight ke Kl 11:30am naik MAS. Sampai2 je KLIA teruusss lari2 anak ke departure hall seterusnya nak gi Ho Chi Minh coz flight ke Ho Chi Minh Jam 2:30pm. Kitorang sampai KLIA jam 1:30pm.. wahaha..memang berani mati punya.
Flight ke Ho Chi Minh mengambil masa selama 1 jam 55 minit. Lebih kurang 2 jam lah. Sepanjang dalam flighttt sempat nonton movie korea sedih la pulakkkk...tak pasal2 aku nangisss sebab tiba2 teringat mak. adoiiiii ..... kepelikan orang duduk sebelah aku, maaf lah yer. Habis je nonton aku tidurrrr ... zzzzzzz ...
Bersambung lah pulak k. tiba tiba macam otak cakap nak gi tidur, hehe. Selamat Malam!

Subscribe to:
Comments (Atom)