Thursday, August 7, 2014

CUTI MELBOURNE : PART 1

Assalamualaikum dan salam ceria syawal :)
Alhamdulillah dah balik semula ke bumi Malaysiaaa ... tapi rasaaa nak balik semula ke Melbourne! hahaha over tak??? Tapiii seriusss bestttt ... Alhamdulillah.

Ok penulisan ini ditulis untuk kenangan saya! Jadi harap mungkin boleh bantu korang jugak yang ada plan ke Melbourne tanpa mengikuti mana mana agensi pelancongan.

27 Julai 2014 (Ahad)
Menaiki penerbangan Air Asia jam 10.30 am dari Miri ke Kuala Lumpur. 2 jam je, tapiii tiba tiba dalam setengah jam, kapal terbang bergegar agak kuat turun naik gitu... adoiii terus nervous dan tak boleh tidur...kesan daripada kes MH17. Memang tawakkal habis. Sampai je Klia2 pusing pusing beli kasut Crocs. Memandangkan masih puasa, jadiii tak leh lepak lepak makan. rehat di surau kejap, kemudian pusing pusing lagi Klia2. Sebab flight ke MELBOURNE jam 10pm nantiii ....

Ok lah dipendekkan cerita, perjalanan ke Melbourne adalah 7 jam sahaja. Tak rasa sangat pon, mungkin sebab guna Airbus yang besar tu, dan ambik seat quite zone. Nak upgrade ke business class tak leh dah full...tapi ok je kat quite zone boleh je tido dengan nyenyak nya kemudian bangun sekejap makan nasi lemak pak nasser, gi tandas, tido balik, main candy crush, pastu borak borak kejap ngan makcik korea yang duduk sebelah saya. Makcik Korea yang super baik dan best. tapi dia tak reti cakap English, jadi anaknya yang tolong traanslate.. tak tau kenapa dia sangat excited borak borak ngan aku maybe first time kot jumpa orang asia bertudung ke macam mana tu?? pastu siap bagi aku biskut bekalan dia tu.. haha kahsammiidaaaa -> betol ke x ni?

Ok lah memandangkan kita terbang jam 10pm dan diingatkan masa di melbourne adalah 2 jam awal ye. Jadi kami sampai tu jam 7:30am melbourne. Tapi di Malaysia baru jam 5am gitu..

Allah. Keluar je dari kapalterbang wooo sejuknyaaa.. almaklum, kitorang pegi musim winter.
tapi sejukkkk yang besttt...brrrrr ....

Terus cepat cepat ambik beg dan keluarkan windbreaker. Kitorang sewa keta untuk 5 hari disini. boleh klik disini http://www.thrifty.com.au/

Amboi tetiba ada gamba bawah ni kan. Haha ... lepas check in kat Short Stay Apartment, kitorang jalan kaki je jalan jalan melbourne city. Nanti sambung lagi ek. nak maghrib dah. hehe. habisllahhh banyak gambar nak upload pas ni... stay tune!