Assalamualaikum dan salam ceria ceria ceria penuh keberkatan Ramadan.
Wah, kalau ikutkan hari ni hanya kurang dari seminggu je nak Sambut Hari Raya kan.
Kalau tak kerana lagu lagu raya berputar di radio berulang ratus kali, jejak shopping complex pun sama, pastu buffet ramadan di hotel pun lagu raya lagi.
Tapi memang lah untuk saya dah tak sama. Hmm. Kosong. Hanya menghargai Ramadan saja sekarang. Raya? Macam yang semua tahu. Bonda dah tiada. Jadi tiada RAYA.
Oleh sebab itu, aku dan adik Is buat last minit decision beraya ke Melbourne lah kitorang. InsyaALLAH. Sebab hampir setiap hari kitorang discuss dari awal sebelum puasa kot plan nak beraya luar Miri. Paling bagus luar Malaysia. Macam macam travel agency kitorang research of coz la takda yang buat tour masa hari raya. Hari Raya pertama lak tu. hehe.
Masa buat research macam macam negara yang masuk list. Hong Kong. Umrah. India. Europe. Semua masuk list. Sambil sambil tanya ngan bapak pujuk pujuk harap dia nak ikut kitorang. Coz biasalah orang tua ni kan, sentimental sikit hari raya macam ni. Mula2 dia senyap ja masa kitorang tanya. Kitorang pun decide pergi berdua saja. Tapi ada juga rasa tak sampai hati coz if aku dan Adik Is pegi, tinggallah Bapak dan Adik bongsu Azri sahaja dirumah beraya. Hadoi pening.
Buttt at lasttt masa minggu puasa ke 2 aku dan Is buat final decision. Kitorang dedice MELBOURNE! Kenapa melbourne? Sebab pertama of coz lah harga sedikit murah. nak kata murah sangat tak juga coz kitorang dapat harga RM1800 return. OKLAH TU. AIRASIA.
Sebab ke 2 : Nak menikmati alam semulajadi negara luar. Mana mana negara ok ja sebenarnya. Semuanya ciptaan Allah. Cuma kali ni decide nak ke sini.
Sebab ke 3 : Memang nak lari sekejap dari Miri. Lagilagilah suasana Raya. Faham fahamlah semua orang kot kalau hari raya mestilah Bonda korang paling sibuk kan?? Bonda lah paling penting. Tapiii kami dah takda Bonda T_T ( Sori pakai bonda2 pulak)
So suasana sibuk persiapan hari raya adalah sangat tidak bererti dan sangat tidak best. Buat masa sekarang..
Oleh kerana kami travel sendiri tanpa agen jadi extra effort search sendiri laa tiap2 hari.
So, tak boleh cakap banyak coz belum terbang. Tapi memang tak zabarrrnyaaa...27 Julai berlepas dari KLIA2.
Dan saya memang teringin sangat nak tulis blog untuk detik detik pengalaman perjalanan kami nanti. Semoga dipermudahkan. InsyaALLAH.
DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI SEKELUARGA YA?
TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment