Monday, November 24, 2014

Terima Kasih Allah

Aku perasan sekarang ini aku menjadi lebih berani.
Aku tiba tiba bersemangat semula. Pasang Impian Besar.
Mungkin berkat doa Ibu :) dan doa semasa musafir di beberapa tempat. Antaranya di Melboourne dan Istanbul.
Semasa di Istanbul aku memang berdoa sungguh sungguh supaya mendapat kekuatan semula meneruskan kehidupan di dunia selepas kematian ibu. Salah satu doa dimakbulkan adalah semasa bermusafir.
Siapa yang tidak sedih. Lemah. Kecewa. Seperti tiada alasan lagi untuk meneruskan kehidupan setelah kematian ibu. Aku tahu perasaaan itu salah.
Mungkin sebab itu Allah beri ujian itu kepada aku dan adik adik. Allah nak ajar.
Hidup ini ibadah. Hidup ini untuk Allah. Bukan siapa siapa. Ibu adalah pinjaman dari Allah. InsyaALLAH berpisah sementara sahaja. kan dunia abadi kita di akhirat kelak?

Terima Kasih Allah. Sungguh aku mendapat kekuatan semula. Dipertemukan dengan orang orang hebat. Macam macam nikmat yang aku rasa macam tak percaya aku boleh dapat.

Rasa macam magik. Ajaib.
Semua orang yang dijumpa sangat membantu. Baiknya Allah memujuk hati ini.
Semuanya Anugerah Allah. Allah Allah Allah. Terima Kasih Allah.

Mak semoga mak ditempatkan bersama dikalangan orang orang yang beriman. Tunggu kami semua adik beradik ya! ^_^

Doakan kejayaan kami. InsyaALLAH untuk saham mak jugak.

TERIMA KASIH ALLAH

No comments:

Post a Comment